Fuhhhhhhhhh... Lama juga tak blogging ne... Bukannya sibuk mana pun tapi kelajuan intenet di pedalaman ne mcm biskut Chipsmore "sekejap ada, sekejap tak ada". Hehehehe... Tajuk blog pada bulan April dimulai dgn gotong-royong di sekolah. Tugas guru bukan sekadar mengajar di waktu pagi dari pukul 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari sahaja tetapi meliputi aktiviti-aktiviti di luar kelas pada waktu petangnya... Setiap hari Isnin aktiviti gotong-royong di kawasan sekolah. Setiap hari Selasa aktiviti sukan dan permainan. Setiap hari Rabu pula ada kelab-kelab akademik seperti Kelab Bahasa Melayu, Kelab Bahasa Inggeris, Kelab Matematik dan Kelab Sains serta persatuan beruniform seperti Pengakap dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). Setiap Khamis dan Jumaat pula adalah latihan olahraga bagi kejohanan MSSR zon dan daerah. Inilah gambar2 semasa aktiviti gotong-royong membuang rumput di gelanggang bola keranjang dan bola tampar yg telah dijalankan bg tatapan anda semua...
No comments:
Post a Comment