Format baru Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dalam bentuk baru yang tidak dipanggil PMR lagi yang akan digantikan dengan penilaian sekolah, diperkenalkan mulai sesi persekolahan 2016, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Proses penambahbaikan UPSR termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik. Kohort (kumpulan) yang baru mungkin akan masuk 2011 dan ujian pertama akan diadakan pada 2016. Tahun 2016? Adakah ku masih berkhidmat di SK Long Teran Kanan? Ermmm... Sama-samalah kita nantikan... : ) Hehehehe...
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata pada dasarnya apa yang bakal dilaksanakan ini sama seperti cadangan PIBGN ketika sidang meja bulat lalu.
- UPSR perlu penambahbaikan kerana ia bakal menjadi kayu pengukur kepada pelajar sekolah rendah dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Ini sesuatu yang perlu untuk mengetahui sejauh mana keupayaan pelajar itu sendiri.
- Pemantapan penguasaan Bahasa Inggeris dan perlu dipastikan semua pelajar Islam menguasai dan mempelajari Bahasa Arab. Juga perlu dipastikan sedari awal persekolahan lagi pelajar dapat menghayati 3M dengan baik.
- Format peperiksaan yang ada kini tidak seharusnya seratus peratus dijawab secara objektif, tetapi perlu diberikan soalan yang perlu dijawab menggunakan daya kritis dan inovatif pelajar.
- Soalan berbentuk esei dan pemikiran sendiri perlu dipertingkatkan kerana kita mahu melatih pelajar menjadi lebih kritis. Juga perlu diserapkan latihan amali dan praktikal terutama dalam mata pelajaran bahasa dan Sains.
No comments:
Post a Comment