Welcome back...

Hello, there...
Welcomed to my humble blog...
Feel free to view and enjoy every bits of my thoughts and experiences in Baram, a place like no other...

SK LONG TERAN KANAN

SK LONG TERAN KANAN

Saturday, October 2, 2010

Mendaki mencari line...

Hari ini hari Sabtu. Rasa nak mendaki bukit yang tak jauh dari sekolahku ini. Mengambil masa 15 minit untuk berjalan dan mendaki. Kebiasaannya 2 bar je signal Maxis atau Celcom semasa berada di atas bukit ini. Syukur dapat bercakap dgn kwn-kwn dan sanak keluarga yang tersayang di Kuching. Masa mula-mula datang ke Long Teran ini dulu ingatkan langsung tak dapat berhubung dengan dunia luar. Akan tetapi semua itu hanyalah tanggapan bagi seorang pendidik yang baru menjejak kaki ke sekolah pertama sepertiku.


Cikgu Nizam, cepat-cepat potong semak-samun tu.


Hai, bergayut la dengan handphone. Hello? Hello? Ye, apa khabar...


Beginilah pemandangan dari puncak bukit... Tenang je kat sini...


Lepas naik kita turun balik. Hahahaha...

1 comment:

Anonymous said...

cikgu..sekarang line telefon di long teran mcm mana? masih perlu naik bukit lg?